| Laporan
ini Amat Penting
untuk sesiapa sahaja yang menghadapi masalah HUTANG! |
Masih
Tercari-cari Cara SEBENAR
Untuk Menghapuskan
HUTANG anda?
Mahukah
Anda Tahu Strategi TERBAIK Untuk SELESAIKANNYA?
***
Kini anda tidak perlu risau lagi, kerana
sebentar lagi anda akan ketahui kaedah Dan Teknik
SEBENAR yang dapat membantu menghapuskan Hutang-Piutang
Anda Dengan Kos Yang Sungguh MENJIMATKAN!!!!
***
AMARAN!
Jika anda mengabaikan laporan ini, jangan menyesal,
sekiranya anda terlepas peluang mempelajari
kaedah SEBENAR penghapusan hutang dengan HARGA
yang amat BERBALOI - BALOI...!!! |

Dari : Khairulnahar
a.k.a Thinkerich
Tarikh :
Adakah
Anda Sedar Dengan REALITI Kehidupan Anda?
Setiap
hari anda rungsing memikirkan kedudukan kewangan harian
anda. Perbelanjaan untuk keperluan hidup semakin bertambah.
Kos hidup semakin tinggi. Harga barangan keperluan
terus naik. Sedar tak sedar anda dapati perbelanjaan
dan hutang anda juga turut meningkat sama!
Setiap
hari anda bekerja dan berusaha dengan lebih kuat untuk
menambahkan pendapatan dengan tujuan menjelaskan hutang-hutang
anda, namun dalam sedar tak sedar anda dapati hutang
anda tidak pernah berkurangan bahkan semakin meningkat!
Anda mulai hairan dan bertanya pada diri sendiri "Kenapa
Boleh Jadi Begini? Sampai Bila Aku Nak Kena Bayar
Hutang Ni?"
Setiap
bulan anda membuat simpanan dalam bentuk pelaburan
yang terjamin dan selamat seperti akaun simpanan biasa,
simpanan tetap mahu pun ASB, kata anda simpanan untuk
masa depan, tapi anda lupa yang hutang anda tak pernah
berkurangan. Bila dapat dividen daripada simpanan
tersebut anda tak sedar sebenarnya jumlahnya jauh
lebih kecil berbanding faedah hutang yang perlu anda
bayar.
Setiap
hari berganti bulan, kini anda mula kurangkan perbelanjaan
untuk keperluan yang paling asas sahaja semata-mata
untuk mengurangkan jumlah hutang anda, namun akhirnya
anda dapati ianya tak mampu nak selesaikan masalah
hutang anda yang melampau itu.
Kemudian,
anda mula membuat pinjaman baru bagi menyelesaikan
masalah hutang yang terdahulu tetapi dalam masa yang
sama, tanpa anda sedari, sebenarnya anda telah menambah
masalah hutang yang baru.
Anda
fikir dengan membayar ansuran bulanan yang lebih rendah
dalam tempoh masa yang panjang ianya menguntungkan
anda, sebaliknya semakin lama anda membuat pinjaman
maka semakin besarlah faedah yang perlu anda bayar!
Dan
bermacam-macam perkara selain tertera di atas yang
merungsingkan dan memeningkan kepala anda dalam mencari
penyelesaian ke atas masalah hutang demi meneruskan
kehidupan anda dan keluarga.
Sekiranya
anda benar-benar rungsing memikirkan permasalahan
di atas, usah risau lagi! Teruskan pembacaan
anda kerana sebentar lagi saya akan bongkarkan
satu rahsia serta panduan bagaimana anda juga
mampu menyelesaikan kesemua masalah di atas
melalui kaedah pengurusan dan penghapusan hutang
yang sebenar. |
Ya,
melalui kaedah, panduan dan strategi yang terbukti
berkesan! Dan apa yang paling penting di sini anda
juga boleh lakukannya sendiri berdasarkan langkah-langkah
yang akan saya tunjukkan sebentar lagi. Teruskan pembacaan
anda...
Setiap
masalah ada penyelesaiannya.
Apa yang membezakannya di sini bagaimana
anda menyelesaikannya?
Ramai
yang gagal menyelesaikan masalah kewangan atau hutang
mereka hanya kerana mereka tidak mendapat bimbingan
dan panduan yang sebenar.
Sebenarnya
hutang anda mampu diselesaikan dan PANDUAN BEBAS HUTANG
akan menjadi jalan penyelesaian TERBAIK bagi anda
mengatasi masalah hutang tersebut!
Baru-baru ini,
satu kajian atau survey kewangan telah dibuat oleh
Syarikat Visa dan mereka mendapati kebanyakan dari
kita paling risau mengenai:
1. Perbelanjaan hidup sehari-hari
2. Gaji
3. Hutang

Tuan/
Puan yang dihormati,
Bagaimana
Untuk Menghapuskan Hutang Dengan Lebih Berkesan!
Dalam
sedar tak sedar, hutang merupakan salah satu masalah
yang dialami hampir setiap orang di seluruh dunia.
Sekiranya anda rasa anda bebas dari masalah dan bebanan
hutang, mungkin anda silap!
Saya
pasti setidak-tidaknya anda juga menghadapi masalah
ini biarpun jumlahnya di saat ini taklah sebesar manapun....
jika dibandingkan dengan orang lain disekeliling anda.
Selagi
anda mempunyai keperluan dan kemahuan, mempunyai pendapatan
dan pekerjaan, penggunaan dan kebergantungan ke atas
pinjaman dan hutang sudah tentu menjadi satu kemestian
dalam kehidupan di abad ini.
Namun
begitu, sedarkah anda bahawa hutang yang anda ambil
itu membantu mengukuhkan kewangan anda atau sebaliknya?
Keadaan
akan menjadi bertambah parah jika sekiranya anda tidak
mengamalkan pengurusan kewangan yang teratur, anda
pasti berhadapan dengan masalah yang besar dan kritikal.
Jika
anda mengalami salah satu daripada tanda-tanda di
bawah kemungkinan besar anda sedang mengalami masalah
hutang:-
Membuat
bayaran minima bagi kad kredit
Jumlah
baki hutang masih tidak berkurangan
Bertanya
baki kredit yang boleh digunakan pada pihak bank
Tidak
tahu berapa jumlah hutang yang dimiliki
Mengeluarkan
wang tunai melalui kad kredit
Tidak
mempunyai simpanan
Belanja
gunakan Kad kredit mencecah had yang dibenarkan
Mempunyai
lebih banyak kad kredit dari tunai di dalam dompet
Kad
kredit ditolak ketika membuat pembelian
Bil-bil
lama banyak yang tertunggak dan masih belum dibayar
Kesemua pendapatan digunakan untuk membayar hutang
Gagal
mendapat pinjaman daripada bank
Mula
meminjam dengan Ah Long
Tidak
membuka penyata kad kredit
Menerima
panggilan daripada pemberi pinjaman
Dikejar
penagih hutang
Menerima
surat penguam
Mulai
berjudi
Hilang
ceria
Tidak
dapat tidur dengan lena
Anda
mengalami gangguan dan tekanan hidup
Jangan
cuba untuk menidakkannya jika anda mengalaminya, jangan
memandang remeh akan petanda tersebut. Jika tidak,
anda sebenarnya memberi ruang yang lebih untuk berhadapan
dengan masalah hutang yang lebih serius lagi pada
masa akan datang.
Jika
dibiarkan berlarutan anda mungkin mengalami masalah
seperti berikut;-
Hubungan
kekeluargaan yang porak peranda
Tekanan jiwa dan mental
Diisytiharkan
Muflis, atau mungkin;
Dirantai
oleh Ah Long?

Mangsa
Ah Long Dirantai Di Serdang Akibat Gagal Bayar Hutang
Pinjaman.
Mungkin
anda pelik dan tertanya-tanya bagaimana anda boleh
menghadapi masalah hutang ini? Sebenarnya ianya berpunca
dari amalan kewangan serta tabiat berbelanja yang
kita sendiri tidak menyedarinya. Antaranya adalah:
Anda berbelanja dahulu dan berfikir untuk menyimpan
kemudian, tetapi sebenarnya anda gagal membuat simpanan
walau satu sen pun!
Anda gemar berbelanja menurut kemahuan dan bukannya
mengikut keperluan sebenar...
Anda mengamalkan perbelanjaan menggunakan kad kredit
untuk menampung keperluan harian...
Anda suka menukar kereta setiap 4 hingga 5 tahun sekali.
Anda suka ambil dahulu bayar kemudian, membeli secara
ansuran dan bukannya tunai...
Anda lebih suka meminjam
wang untuk membayar hutang pinjaman sedia ada anda,
pinjam sini....untuk bayar hutang yang di sana...
Cuba
anda bayangkan jika anda TIDAK LAGI mengalami masalah
hutang, bukan setakat anda berada dalam keadaan ceria
sentiasa, bahkan anda akan :-
Hidup tanpa sebarang tekanan dan gangguan
Kelihatan lebih yakin dan bersemangat
Dapat hidup bebas daripada beban dan masalah kewangan
Sebelum kita
pergi lebih jauh kita perlu tahu...
Kenapa
Usaha Membebaskan Diri Dari Masalah Hutang Sentiasa
Gagal ? |
1)
Anda tidak betul-betul faham bagaimana hutang itu
terjadi
Memang
tidak dinafikan, pinjaman atau hutang memainkan peranan
yang penting untuk membantu kita hidup dengan lebih
selesa. Masalahnya di sini, hutang juga boleh membuatkan
kita merasa tidak selesa bilamana ianya tidak digunakan
dan diuruskan dengan cara yang betul.
Jika
kita fikir-fikirkan berapa ramai yang hidup di dunia
hari ini tidak berhutang? (Hmm..maksud saya orang
dewasa yang berpendapatan dan bukannya anak-anak yang
sedang bersekolah).
Saya
percaya sememangnya ramai yang bersemangat untuk menghapuskan
hutang mereka, namun ramai juga yang tidak faham kenapa
setelah membayar sebegitu banyak wang, akhirnya mereka
dapati yang diri mereka masih lagi belum bebas dari
masalah dan bebanan hutang.
Ini
kerana apabila kita membuat pinjaman atau hutang ianya
melibatkan tiga perkara berikut:-
Pertama,
jumlah pinjaman pokok atau jumlah sebenar pinjaman.
Sekiranya anda meminjam RM10,000, maka anda perlu
bayar semula jumlah tersebut dengan nilai yang sama.
Saya kira yang ini semua orang tahu kan :)
Kedua,
faedah. Sudah tentulah apabila kita meminjam atau
berhutang kita perlu membayar sejumlah faedah sebagaimana
yang telah kita persetujui sebelum ini. Ini bermakna
jika anda pinjam RM10,000 maka anda perlu bayar dengan
jumlah yang lebih besar daripada jumlah pokok yang
anda pinjam. Saya fikir perkara ini ramai juga yang
faham atau ada yang buat-buat tak faham?
Ketiga,
kadar dan jenis faedah. Saya kira yang ini mungkin
kebanyakan daripada kita yang kurang faham dan kurang
jelas. Bahkan ramai yang terpedaya dengan triks dari
pihak pemberi pinjaman. Yang lebih teruk lagi anda
di antara kita yang begitu mudah menerima pakai syor
dan saranan daripada mereka yang berkenaan, kononnya
pinjaman tersebut adalah yang terbaik untuk hutang
kita. Namun begitu, anda jangan risau tentang triks-triks
tersebut kerana semuanya akan saya jelaskan secara
terperinci nanti.
2)
Tidak mempunyai matlamat
Setiap
perkara yang ingin dilakukan dalam kehidupan ini harus
ada matlamat jika tidak usaha yang kita ambil mungkin
tidak sampai kemana-mana dan akan menjadi sia-sia.
Begitu juga dengan usaha untuk menghapuskan hutang
piutang sedia anda.
Anda
harus ada matlamat, namun matlamat anda harus realistik.
Maknanya di sini, jika hutang pinjaman anda RM20,000.00
dan anda ingin menghapuskannya dalam masa 2 atau 3
bulan sedangkan dalam masa yang sama anda hanya memperolehi
pendapatan bersih sebanyak RM3,500.00 sebulan, maka
ini sudah tentu tidak munasabah.
Ya anda
perlu berusaha untuk mencari sumber pendapatan tambahan
yang lebih besar dan bukannya sekadar berjimat!
3)
Anda buat hutang baru setiap kali berjaya selesaikan
hutang lama
Saya
dapati terlalu ramai yang sentiasa meningkatkan gaya
dan taraf hidup mereka. Ya, sememangnya ianya tidak
salah, bahkan amat baik sekali. Namun sayangnya ramai
di antara kita yang memperolehinya secara berhutang
melalui jumlah yang besar dalam tempoh masa yang panjang.
Setiap
kali anda berjaya menghapuskan hutang lama, anda mula
merasakan yang anda memiliki lebih banyak wang, lalu
anda buat keputusan untuk buat hutang baru lagi. Ya,
hutang yang jumlahnya lebih besar dalam jangka masa
yang lebih panjang dari sebelumnya.
4)
Tidak tahu strategi penghapusan hutang yang betul
Apakah
yang dimaksudkan dengan strategi yang betul di sini?
Strategi yang betul adalah teknik penghapusan hutang
yang mampu mencapai matlamat penghapusan hutang anda.
Saya ulangi sekali lagi, yang benar-benar dapat membantu
menyelesaikan masalah hutang anda.!
Saya
dapati kebanyakan orang lebih gemar membuat simpanan
yang hanya memberi keuntungan kurang 3% setahun tetapi
lupa untuk menjelaskan hutang pinjaman yang mengenakan
kadar faedah 18% setahun. Ingat! Tanpa strategi yang
betul sekali lagi usaha kewangan anda akan jadi sia-sia
belaka.
5)
Silap mendapat khidmat nasihat kewangan
Saya
tahu ramai yang lebih mudah dan gemar bertemu dengan
pegawai kredit yang menguruskan pinjaman di bank daripada
mencari perancang kewangan yang bertauliah untuk menyelesaikan
masalah hutang mereka.
Kesudahannya
mereka menerima pakai pelan pengstrukturan hutang
yang dicadangkan oleh pihak bank. (Hmm..yang sebenarnya
pihak bank nak suruh anda pinjam dengan mereka, katanya
faedah merekalah yang terendah) Tup..tup anda dapati
anda masih tetap berada dalam masalah hutang yang
tak berkesudahan.
6)
Anda gagal mendisplinkan diri
Dalam
hidup ini, setiap perkara yang dilakukan dengan penuh
berdisplin pasti membuahkan kejayaan. Begitu juga
halnya jika anda ingin menghapuskan hutang anda. Anda
perlukan tahap displin yang tinggi bahkan bukan sekadar
disiplin dalam menguruskan wang anda tetapi lebih
dari itu, melibatkan tabiat dan sikap anda.
Untuk
itu anda perlukan satu panduan khusus untuk menguruskan
hutang piutang anda, bukan setakat panduan tetapi
panduan yang boleh membawa anda ke satu jalan kebebasan
hutang yang benar-benar berkesan dan yang paling penting
ianya realistik untuk dilakukan!
Siapa
Saya Dan Bagaimana Saya Boleh Membantu Anda?
Anda
boleh panggil saya Khairulnahar atau di dunia Internet
saya dikenali sebagai Thinkerich. Mungkin ada di antara
anda mengenali saya namun bagi yang belum mengenali
saya, saya merupakan seorang usahawan, perunding kewangan,
penulis buku/ebook dan juga seorang blogger.
Saya
banyak berkongsi idea dan hasil penulisan saya di
www.PemikirKaya.com.
Sehingga kini saya telah menulis beberapa buah ebook
dan buku bertemakan motivasi, kekayaan, kewangan &
peribadi. Antaranya :-
Bajet
Wang – 7 Cara Untuk Mengatasi Masalah
Kekurangan Wang (Buku)
Panduan
Wang Gaji (ebook)
5
Cara Menetapkan Matlamat Yang Power! (ebook)
8
Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda (ebook)
Bagaimana
Untuk Mencapai Kekayaan (ebook)
Wang,
Anda & Hutang (ebook)
Rahsia
Mengurus Hutang Kad Kredit (ebook)
Bagaimana
Untuk Menghapuskan Hutang Dengan Lebih CEPAT!
(ebook)
Tips
Bagaimana Hendak Mengurus Wang Dengan Lebih Efektif(Ebook)
Kewangan
Peribadi - Satu Pendedahan (ebook)
“Khairulnahar
a.k.a Thinkerich, merupakan penulis buku dan ebook
prolifik yang banyak menulis dan menerbitkan produk
digital informasi bertemakan motivasi dan kewangan
peribadi. Koleksi dan karya pendidikan motivasi &
kewangan yang beliau hasilkan sungguh mudah dan praktikal
untuk diikuti oleh sesiapa sahaja, dan sentiasa mendapat
permintaan ramai...”
Koleksi Buku Dan Ebook
Yang Telah Saya Hasilkan:




Tentu
anda di antara anda yang ingin tahu mengapa saya beria-ia
benar ingin berkongsi panduan dan mendedahkan strategi
penghapusan hutang ini kepada semua orang?
Sebenarnya
tiada sebab dan alasan lain kecuali satu sebab!
Sebab
utamanya adalah kerana saya ingin melihat lebih ramai
masyarakat di luar sana boleh hidup bebas daripada
sebarang masalah dan bebanan hutang. Ini kerana saya
tahu betapa sengsara dan sakitnya kepala ini bilamana
memikirkan masalah hutang.
Jadi
saya rasa ada baiknya saya berkongsi pengalaman, kejayaan
dan strategi yang telah saya gunakan untuk manfaat
semua.
Dahulunya
saya juga seperti anda semua bertungkus lumus bekerja
siang dan malam semata-mata untuk membayar hutang.
Tanpa saya sedari semakin kuat saya bekerja semakin
besar pula hutang yang saya miliki?
Saya
menjadi bertambah kebingungan! Rupanya saya baru sedar
yang selama ini saya lebih banyak membuat hutang setiap
kali saya mendapat lebih banyak wang.
Lebih
besar pendapatan yang saya perolehi maka lebih besar
pula hutang yang saya miliki. Saya tidak tahu yang
mana satu aset dan yang mana pula liabiliti? Yang
mana satu aset yang meningkat dan yang mana pula aset
yang menyusut?
Sehinggalah
suatu ketika, hati saya terdetik, sampai bila saya
harus hidup dibebani hutang sebegini? Sampai bila
saya perlu berkerja keras menjadi hamba kepada hutang?
Adakah sepanjang hayat saya? Soalan demi solan bermain
di kotak fikiran saya...
Akhirnya
saya mengambil keputusan untuk mengubah segala-galanya
dan seterusnya hidup bebas daripada masalah hutang.
Saya mulai sedar bahawa memperolehi wang yang banyak
sahaja tidak akan banyak membantu diri saya menyelesaikan
masalah hutang. Sebaliknya jika saya tahu bagaimana
untuk menguruskannya ianya jauh lebih baik!
Lalu
saya mencari jawapannya melalui pembacaan yang meluas,
menghadiri seminar dan bengkel kewangan peribadi,
bertanya pada pegawai dan kakitangan bank, para peguam,
perancang kewangan bertauliah, para usahawan, para
jutawan yang telah berjaya dalam bidang masing-masing
dan akhirnya menyertai Program Perancang Kewangan
Berdaftar, RFP sehingga diiktiraf sebagai Affiliate
RFP oleh Malaysian Financial Planning Council (MFPC).
Hasilnya
saya dapat membuat satu rumusan dan kemudian menyusunnya
menjadi sebuah panduan yang ringkas, mudah, teratur
dan berkesan untuk saya ikuti. Kini saya dedahkan
pula panduan tersebut untuk diikuti oleh anda semua.
Sebentar
lagi saya akan mengumumkan bagaimana saya telah bebas
dari masalah hutang dan anda juga mampu menikmatinya
seperti saya.
Kini
anda tidak perlu risau dan bersusah payah lagi untuk
mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah
hutang anda, kerana saya akan memperkenalkan kepada
anda sebuah panduan yang akan menyelesaikan masalah
tersebut yang bakal diperolehi terus ke kotak email
anda.
Jadi tanpa
membuang masa lagi saya perkenalkan sebuah E-book
berjudul :-